• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

The World, From My Eyes

"I step aside, turn around and look naively at the world evolving around me. I surprise myself for things I've taken for granted. It's about the tiny little piece of thoughts hailed from the bottom of my mind. It's about an appreciation, expression, discovery, compassion or simply a random scribble of a soul. I believe that life's too precious to be squandered away with the mundane. It's my life. And I'm living it. The world from my eyes, an utter manifestation."

menjejaki bumi andalusia...(3)

cont'd

(21 Dis 2006) Hari ini perjalanan yg cukup jauh akan kami tempuhi dari Seville ke Gibraltar-4 jam. Itu pun jika tak sesat. Bimbang juga hati saya memikirkan jika kami akan sempat tiba di destinasi tanpa terlewat. Syukurlah kali ini kami akan bergerak bersama2, 6 buah kereta model yg sama, berlainan warna seiring sejalan merentas bumi andalusia. Walkie-talkie sememangnya merupakan medium penting dlm berkomunikasi. Sesekali terdengar,
"Idah, korang ok ke?"
"Aya kepada Idah, mase roundabout amik kul 12 ok?"
"Idah, korang ade belakang kitorg ke?"

Ada juga kedengaran ayat2 dgn intonasi kecewa drp kereta yg tertinggal di belakang,
"Kereta kitorg tak lepas traffic light"
"Kitorg 2 kereta belakang kereta KakPia"
"Kereta KakPia langgar traffic light!"

Manakala Kak Idah sbg co-driver cukup terkenal dgn jawapannya, "Baik!". Lucu. Bila dikenang kembali ianya memang menyeronokkan. Apa pun perjalanan di waktu siang tidak begitu terasa jauhnya kerana saya berpeluang menikmati panorama Spain yg byk berbeza drp tanah air sendiri, juga banyak lainnya dgn Ireland yg saya diami kini. Terhibur saya melihatkan banyak kincir angin terpacak di sana sini di atas bukit, yg dpt dilihat putarannya drp lebuhraya yg kami lalui.

Gibraltar yg kami tujui merupakan sebuah kawasan di bawah UK di mana kami perlu melepasi imigresen utk memasukinya. Malah jika dibandingkan dgn kawasan Spain yg lain yg mana rata2 penduduknya tidak boleh bertutur bahasa Inggeris, penduduk Gibraltar mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dgn lancar, berkemungkinan besar kerana ianya di bawah pentadbiran UK. Tiba di Gibraltar kami ditawarkan perkhidmatan pengangkutan utk melawat lokasi2 menarik di atas bukit. Bayaran yg dikenakan agak mahal iaitu 20euro seorg. Memikirkan alang2 kami sudah sampai di sini, kami semua setuju dan dibawa menaiki van menjamu mata dgn pemandangan indah Gibraltar dari atas bukit, melihat gua yg luas sehingga telah dibina pentas dan tempat duduk di dalamnya dan beberapa tempat lagi. Walau bagaimana pun, dalam byk2 lokasi yg dibawa, saya paling gemarkan suatu kawasan hampir di puncak bukit yang mana di sebelah kiri dan kanannya merupakan laut2 yg berlainan iaitu Laut Mediterranean dan Laut Atlantik(gambar). Kami berada di antara keduanya. Malah dari situ kami dapat melihat utara benua Afrika, iaitu negara Maghribi(Morocco) yg hanya dipisahkan dengan Spain oleh Selat Gibraltar (Straits of Gibraltar). Sungguh menakjubkan.

Sesudah menjejakkan kaki ke semua tempat2 yg termasuk dalam pakej yg telah kami pilih, kami dihantar ke bandar Gibraltar di kaki bukit. Kami ada menanyakan tentang masjid sekiranya ada di kawasan itu, syukurlah ada. Setelah diberikan petunjuk, kami terus menuju ke kawasan yg dimaksudkan dan saya kagum melihatkan nama surau yg tertera; "Tariq Bin Ziyad". Nama itu pernah memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam di Spain dulu. Walau bagaimana pun kami hampa apabila mendapati surau itu berkunci. Seorang wanita Muslim telah memaklumkan kami bahawa ianya hanya akan dibuka pada waktu asar nanti, iaitu dalam sejam lebih lagi dr masa kami tiba. Kami memutuskan utk bersolat di perkarangan surau sahaja dan bergegas utk berwuduk. Sekembalinya saya dan Kak Idah drp restoran tempat kami menumpang utk mengambil wuduk, solat berjemaah sudah pun dimulakan, dan tanpa diduga ianya di dalam surau. Syukur alhamdulillah tercapai juga hasrat kami utk bersolat di situ. Rasa tak sangka pun ada mengenangkan masih ada surau yg masih digunakan di negara bukan Islam ini.

Setelah bersolat kami bersiar2 sebentar di bandar Gibraltar sebelum meneruskan perjalanan ke Malaga, destinasi terakhir kami sebelum meninggalkan Spain. Keluar sahaja kami drp Gibraltar, berlaku sedikit masalah pada salah sebuah kereta dalam konvoi kami apabila sedikit kemalangan kecil berlaku di roundabout. Disebabkan beberapa hal yg perlu dibereskan berikutan drp insiden itu, kereta2 lain berhenti di pinggir jalan di tepi pantai bagi menunggu ahli rombongan kami itu. Sempat jugalah kami melihat matahari terbenam di Spain dan juga membaca Mathurat di situ. Apa2 pun setelah beberapa jam segalanya berjaya diuruskan. Sebarang masalah yg berlaku sememangnya adalah asam garam dlm sesebuah perjalanan kerana kami bergerak dlm kumpulan yg besar. Malah mungkin setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya.

(22 Dis 2006) Disebabkan kekangan masa, jelajah Malaga hanya melibatkan lawatan ke Gibralfaro, sebuah 'fort' yg luas di Malaga. Kami melawat bahagian2 dalam 'fort' itu dan menyaksikan panorama yg cukup indah dari situ[gambar pertama dalam menjejaki bumi andalusia...(1)]. Selain itu kami turut sama menyanyikan lagu tema kembara kami iaitu "Hikmah Kembara" di Gibralfaro. Setelah semua ahli selesai meneroka Gibralfaro, rombongan memilih utk bersiar2 di bandar Malaga sebelum berkumpul utk menaiki pesawat meninggalkan bumi andalusia.

Tiba di Lapangan Terbang Malaga, para 'drivers' memulangkan kereta yg telah disewa manakala kami yg lain menanti utk check-in. Kami dikejutkan dgn berita bahawa flight kami ke British Midland Airport, UK telah ditangguhkan selama 3 jam. Apa yg kami akan buat sepanjang tempoh itu? Kesal pula kerana kereta pula telah dipulangkan. Tetapi tidak lama selepas itu berita yg lebih merisaukan kami terima; flight kami telah dibatalkan! Ini adalah kerana masalah 'foggy' di UK. Kak Lin dan senior lain terus mendapatkan penjelasan di kaunter dan akhirnya kami diberi pilihan, ke Liverpool atau Bristol. Disebabkan setiap destinasi tidak mampu memuatkan kesemua kami, ahli2 rombongan dibahagikan kpd 2 kumpulan di mana beberapa seniors, saya dan juniors lain akan berangkat ke Bristol. Kemudian dari situ pihak Ryan Air akan menyediakan bas utk kami ke lapangan terbang yg sepatutnya kami tiba iaitu British Midland Airport. Situasi kami agak kelam kabut dan rombongan kami terpaksa berpecah dgn sebahagian yg akan ke Liverpool terlebih dahulu meninggalkan kami.

Walau bagaimana pun, syukur kpd Allah segala2nya berjalan lancar selepas itu. Apabila tiba masanya kami terus check-in dan menuju ke kapal terbang kami. Tatkala kaki ingin melangkah masuk ke dalam Ryan Air, terasa sayu pula di hati ingin meninggalkan tanah ini yg pernah gemilang dengan Islam suatu masa dahulu. Jika ada rezeki bumi ini akan kujejaki lagi.
Selamat Tinggal Andalusia!


postscript:
(i) Hari Jadi tahun ini cukup menarik (23 Dis). Kami terkandas di Malaga Airport dan setelah menaiki pesawat jam di tangan menunjukkan kira2 sejam lagi tepatlah pukul 12 tgh malam ke 23 Dis. Namun setibanya di UK, jam sudah menunjukkan pukul 12 tapi waktu sudah berubah, waktu UK kurang sejam drp waktu Spain. Jadi tunggulah sejam lagi!
(ii) Kami ke UK utk mengikuti program perhimpunan musim sejuk [Winter Retreat] yg bertempat di Coventry, Birmingham. Program menarik yg bertemakan Magnificence of the Ummah. One Appreciation. One Inspiration. One Mission.
(iii) Setinggi2 penghargaan ditujukan buat semua yg telah bertungkus lumus menguruskan trip ke Spain ini. Saya sungguh berpuas hati dgnnya, well done! (Lain kali 'organize'la lagi)
(iv) Byk yg telah saya pelajari drp trip ini drp sejarah Islam, kerjasama, 'friendship' dan pelbagai lagi. Inilah dia Hikmah Kembara!



"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada"
(Al-Hajj:46)

"Berjalan, bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan yang
diciptakan utk
mereka yg berfikir..."


Read More 0 Throw A Word | Conceived by sarahyusof edit post

0 Throw A Word



Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

"Nun. By the pen and what they inscribe" [al-Qalam, 68:1]

  • Me
      "A humble traveler on the world of His"
  • Snippets of Me

    • An all-time Muslimah who lives to serve Allah
    • A wife to a wonderful husband
    • A daughter to great parents
    • A mother to two beautiful princesses
    • A doctor by profession
    • A part time blogger who just ventured into business

    My Family & I

    My Family & I
    ------------------------------------------------------------------------------ For more info about business opportunity you can reach me via phone/whatsapp at 0145213388. I will bring to you to a wonderful experience towards time and financial freedom insyaAllah. Also do contact me for purchases with special offers :)

    Premium Beautiful Corset

    Premium Beautiful Corset

    Bio Velocity Sleep Mate

    Bio Velocity Sleep Mate

    JTX Air Tracker

    JTX Air Tracker

    BB Plus Collagen

    BB Plus Collagen

    Marine Essence Range

    Marine Essence Range

    Mineral Coffee

    Mineral Coffee

    Words of Wisdom

    Followers

    Labels

    • Academic
    • Baby Food
    • Business
    • Doctor-To-Be
    • Fatimah Amanda
    • Islam
    • Leisure
    • Life
    • Love
    • Malaysia
    • Maryam Sophia
    • Milestones
    • Momderful
    • Music
    • Science
    • travelogue
    • Tsaqafah
    • YPG
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright xThe World, From My Eyes. All rights reserved.
    Blogger Layout | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Studio House Design

    Back to Top