• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

The World, From My Eyes

"I step aside, turn around and look naively at the world evolving around me. I surprise myself for things I've taken for granted. It's about the tiny little piece of thoughts hailed from the bottom of my mind. It's about an appreciation, expression, discovery, compassion or simply a random scribble of a soul. I believe that life's too precious to be squandered away with the mundane. It's my life. And I'm living it. The world from my eyes, an utter manifestation."

menjejaki bumi Andalusia...(1)

-keindahan bumi Andalusia-

Kepenatan setelah beberapa hari bergelumang dengan buku-buku masih belum hilang tatkala teringatkan esok saya akan berangkat menjejaki bumi andalusia. Terasa saya seperti tidak mempunyai semangat yg berkobar-kobar utk ke mana-mana. Entahlah, mungkin sejak paper physiology yg terakhir, saya berasakan seperti ingin merehatkan diri saja. Tapi memikirkan percutian ini sebenarnya telah lama saya nantikan, malah ia telah lama dirancang rapi oleh senior2, saya berdoa keadaan akan bertambah baik dan turut mengharapkan sebuah percutian yg indah yg tidak akan saya luputkan daripada lipatan ingatan saya. Saya juga berharap percutian di Andalusia akan membawa satu kesedaran yg mendalam dalam diri saya tentang sejarah Islam.

Keesokan harinya (16 Dis 2006) saya, Pinah dan Paan memulakan perjalanan ke Bus Station, menarik dan menggalas beg masing2. Mungkin nasib tak menyebelahi, kami tiba agak lewat di stesen bas sehingga terpaksa menanti bas jam 12 sedangkan majoriti rakan2 yg lain telah pun bertolak menaiki bas jam 11. Seterusnya setibanya jam 11 pagi, kami semua bersama senior2 dan rakan2 lain yg masih belum memulakan perjalanan menempatkan beg di dalam perut bas dan mengambil tempat masing2. Perjalanan ke Shannon Airport tidaklah terlalu jauh tapi cukup utk beberapa kali saya melelapkan mata. Sesampainya di sana, kami terus bersolat berjemaah di dalam kawasan airport, mengadakan sedikit briefing utk melancarkan perjalanan dan seterusnya menyiapkan diri utk check in. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kami terus menuju ke kapal terbang Ryan Air yg bakal menerbangkan kami ke Murcia, Sepanyol.

Hari ini bertarikh 17 Dis 2006. Saya seakan tidak percaya bahawa kaki ini baru saja menjejakkan kaki di sebuah bumi yg pernah dikuasai Islam suatu masa dulu. Walaupun terdpt sedikit kesulitan utk melepasi imigresen di lapangan terbang Murcia, segala-galanya berjalan lancar selepas itu. Kami menanti ketibaan 6 buah kereta sewa yg telah di'book' sebelum itu sbg 'transport' utk keseluruhan trip ini. Kereta pun tiba. Alhamdulillah saya mendapat ahli2 kereta yg cukup 'best' dan 'sporting' iaitu KakPia (driver), Kak Idah (co-driver), Kak Shak dan Nabila. Saya kagum dgn ketelitian pengurusan trip sehinggakan mereka membeli walkie-talkie utk memudahkan komunikasi, malah setiap kereta dibekalkan dgn cd nasyid yg di'burn' khas utk kembara kami. Tanpa diduga kereta kami mengalami sedikit masalah iaitu pintu bahagian kiri penumpang tidak dapat dibuka dari dalam. Beberapa minit jugalah kami berusaha membaiki keadaan itu sehinggakan KakPia hampir2 memanggil agen kereta tersebut. Tapi syukur akhirnya ia berjaya dipulihkan. Kemudian ada pula masalah dgn bonet di mana ia tak dpt dibuka langsung kerana terlebih muatan dan tersekat dgn tali beg. Walau bagaimana pun kami memutuskan utk membiarkan dahulu masalah itu memandangkan masa semakin menginjak dan kami perlu segera tiba di Granada atau jika tidak kami tidak akan berpeluang utk merehatkan diri. Jam menunjukkan kira2 pukul 10 hingga 11pm.

Utk memudahkan perjalanan, kereta kami dipasangkan dgn kereta Kak Ritz di belakang di mana kami akan bergerak bersama. Keadaan berjalan lancar, Kak Pia cekap menyusuri lebuh raya dengan kelajuan yg boleh mencecah 140km/hour. Sesekali kami menjerit di dalam kereta melihatkan pemanduan KakPia yg kadang kala 'berani mati' dan menyebabkan kami 'kecut perut'. Apatah lagi mengenangkan kereta di sini dipandu di sebelah kanan jalan raya. Tapi syukur kpd Allah kami semua selamat dan KakPia masih boleh bertahan dgn gelagat kami semua. Syabas KakPia!
Sesat. Entah di mana silapnya kami hilang arah tujuan. Bukan mudah untuk mendapatkan bantuan drp penduduk di sini memandangkan cukup sukar mencari insan yg boleh bertutur bahasa Inggeris. Kami cuba bertanyakan petunjuk drp pekerja hospital tp belum cukup untuk memberi penjelasan sebenar. Kami singgah pula di sebuah hotel dan syukurlah pekerja hotel itu dpt membantu kami. Setibanya berhampiran hostel, kami dijemput oleh ketua rombongan, Kak Lin dan dibawa ke hostel utk merehatkan diri.

Saya hanya berpeluang utk melelapkan mata selama beberapa jam sahaja memandangkan kami tiba lewat tengah malam dan kami masih perlu mengikuti jadual perjalanan. Terkejut dan kasihan saya mendengarkan ada kereta yg sesat lebih jauh drp kami, dan hanya tiba kira2 sejam sebelum saya bangun drp tidur. Sarapan di sini memang memenuhi selera saya yg sememangnya gemarkan roti. Tidak cukup dgn sarapan, banyak antara kami 'tapow' makanan yg ada sebagai bekalan utk perjalanan seterusnya. Nasib baik hari ini jadualnya ringkas saja, sekadar bersiar-siar di Granada, khususnya membeli buah tangan utk dibawa pulang. Bazar di Granada agak meriah dgn byk gerai2 menjual cenderahati. Ada juga yg menjual brg2 yg dibawa dari negara lain seperti Maghribi. Saya juga tidak melepaskan peluang yg ada membeli berdasarkan 'budget' yg diperuntukkan serta bergambar kenangan. Apa yg dapat saya katakan bandar di sini byk dihiasi dengan pepohon limau yg sungguh lebat dan terang warnanya, seakan mentol lampu yg dipasang di waktu malam.

Setelah 'mencuci mata' di bazar Granada, kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Al Baisin. Kelihatan ramai warga Sepanyol yg melepak di situ, diiringi dengan persembahan drp org mereka sendiri yg saya kira agak mengarut. Pemandangan dari Al Baisin memang indah. Semestinya saya tidak melepaskan peluang utk bergambar. Saya juga turut menemui rakan2 semasa di KMB dulu, terutama classmate yg sudah lama tidak saya ketemu, Mai. Yang lebih menggembirakan kami diberi peluang untuk bersolat di masjid berhampiran. Bayangkan sejak saya meninggalkan tanah air kira2 4 bulan yg lalu, tidak pernah sekali pun saya berpeluang ke masjid. Masjid di situ terjaga dan saya berpuas hati dengan kemudahan yg lengkap di situ, bersama persalinan yg disediakan utk muslimah. Tanpa diduga, kejutan yg saya terima di ruang muslimah apabila melihatkan rakan baik saya, juga ex-roommate zaman sekolah dulu turut ada di situ utk menghabiskan winter holiday dgn mengunjungi Spain. Sungguh gembira rasanya. Tidak lama setelah itu, rombongan diteruskan dgn kembali ke bazar di Granada memandangkan masih ada yg belum selesai membeli buah tangan malah jadual kami agak longgar petang itu. Saya berpeluang merasa kebab ayam di Kebab King yg sememangnya sedap, bahkan kami diberi harga lebih murah kerana kami Muslim. Selesai menikmati kebab di pinggir bazar, kami berangkat pulang ke tempat penginapan.

Hari ketiga di bumi Sepanyol (18 Dis 2006) membawa kami menjejaki istana Alhambra setelah selesai bersarapan dan check out drp hostel Granada. Luas. Teguh. Perkataan yg sesuai utk memerincikan Alhambra, seluas dan seteguh kuasa Islam pada zaman kegemilangannya. Bangunan Alhambra masih kaya dengan seni bina Islam yg dihiasi ukiran2 yg indah. Tidak akan dapat ditandingi oleh citarasa barat yang lebih bersifat duniawi yang turut disuntik sedikit dalam Alhambra setelah kejatuhan Islam. Apa yg mengagumkan, ukiran2 Islam berkenaan mengabadikan moto "No One Conquers But Allah" yg diukir dalam bahasa arab di dalam seisi istana Alhambra. Turut melengkapi Alhambra ialah Generalife iaitu sebuah taman yg cukup untuk mencerminkan betapa hebatnya alam ciptaan tuhan, apatah lagi kuasa-Nya. Kami terpaksa bergerak cepat di Alhambra memandangkan kami mempunyai perjalanan jauh yg perlu kami lalui sejurus selepas mengunjungi Alhambra- jejaki Cordoba.
Read More 0 Throw A Word | Conceived by sarahyusof edit post

0 Throw A Word



Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

"Nun. By the pen and what they inscribe" [al-Qalam, 68:1]

  • Me
      "A humble traveler on the world of His"
  • Snippets of Me

    • An all-time Muslimah who lives to serve Allah
    • A wife to a wonderful husband
    • A daughter to great parents
    • A mother to two beautiful princesses
    • A doctor by profession
    • A part time blogger who just ventured into business

    My Family & I

    My Family & I
    ------------------------------------------------------------------------------ For more info about business opportunity you can reach me via phone/whatsapp at 0145213388. I will bring to you to a wonderful experience towards time and financial freedom insyaAllah. Also do contact me for purchases with special offers :)

    Premium Beautiful Corset

    Premium Beautiful Corset

    Bio Velocity Sleep Mate

    Bio Velocity Sleep Mate

    JTX Air Tracker

    JTX Air Tracker

    BB Plus Collagen

    BB Plus Collagen

    Marine Essence Range

    Marine Essence Range

    Mineral Coffee

    Mineral Coffee

    Words of Wisdom

    Followers

    Labels

    • Academic
    • Baby Food
    • Business
    • Doctor-To-Be
    • Fatimah Amanda
    • Islam
    • Leisure
    • Life
    • Love
    • Malaysia
    • Maryam Sophia
    • Milestones
    • Momderful
    • Music
    • Science
    • travelogue
    • Tsaqafah
    • YPG
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright xThe World, From My Eyes. All rights reserved.
    Blogger Layout | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Studio House Design

    Back to Top